Thursday, 2 May 2013

Kek Lapis Sarawak : Pengenalan


Kek Lapis Sarawak merupakan hasil kerja tangan tradisi warga Bumi Kenyalang yang diwarisi secara turun temurun. Penghasilan Kek Lapis Sarawak melalui proses manual yang amat teliti, rumit dan memakan masa maka tidak hairanlah harganya yang sedikit mahal.

Kesabaran dan kesenian tinggi akan menghasilkan Kek Lapis Sarawak yang begitu menarik dalam kepelbagaian corak, rasa dan saiz. Kami sekadar menamakan beberapa jenis kek seperti Domino, Ketupat dan Coklat chip merupakan antara kek pelbagai rasa dan corak yang mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan kami.

Keunikan Kek Lapis Sarawak yang dihasilkan telah memberikan impak besar kepada masyarakat Malaysia hari ini. Kek Lapis Sarawak di samping menjadi menu utama hari – hari perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Krismas, Deepavali dan Gawai, turut menjadi pilihan di Majlis Perkahwinan, Pertunangan malahan tidak ketinggalan badan-badan korporat juga memilih Kek Lapis Sarawak menjadi cenderahati di majlis – majlis rasmi mereka sebagai satu bentuk kelainan.

Wednesday, 1 May 2013

Selamat Datang!

Kami dari Syarikat Warna-Warni Borneo Sdn Bhd,

mengucapkan selamat datang buat semua pelanggan kami. Syarikat kami menyediakan kek lapis untuk santapan para pelanggan. Buat masa sekarang, kami menyediakan lebih dari 67 jenis kek lapis berlainan perisa dan rasa. Kami juga akan mula menambah lagi jenis kek dari masa ke masa.